Kekal termaklum
Daftar untuk mendapatkan maklumat terkini tentang ciri terbaharu daripada Google One.
Google Workspace Individual mengandungi lebih banyak ciri premium untuk membantu pemilik perniagaan individu menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka. Google One ialah pelan langganan pengguna yang memberi anda lebih banyak storan merentas Google Drive, Gmail dan Google Photos, serta manfaat dan ciri Google tambahan. Pelan Google One Premium disertakan dengan bilangan ciri Google Workspace Individual yang terhad, seperti panggilan kumpulan yang lebih lama untuk Google Meet dan penjadualan janji temu yang dipertingkatkan dalam Google Calendar.
Untuk pelan Asas dan yang lebih tinggi, anda boleh berkongsi Google One dengan maksimum 5 orang lain tanpa kos tambahan (maka jumlahnya 6 orang, termasuk anda). Apabila anda membuat kumpulan keluarga baharu, anda boleh menambahkan atau mengalih keluar ahli keluarga yang lain. Sesetengah manfaat hanya tersedia kepada pengurus pelan. Ahli pelan keluarga yang melanggan pelan Google AI Pro boleh menikmati manfaat dan ciri AI tanpa kos tambahan. Ketahui lebih lanjut.
Jika anda sudah pun menjadi ahli kumpulan keluarga pada Google, anda boleh berkongsi pelan Google One anda dengan kumpulan sedia ada anda.
Ya! Kami sedang berusaha untuk memberi ahli manfaat merentas pelbagai produk dan perkhidmatan Google. Nantikannya!
Untuk mendapatkan pemberitahuan tentang manfaat baharu, daftar pada laman web atau akses Tetapan pada laman web atau apl Google One dan kemas kinikan pilihan e-mel anda.