Lebih banyak storan dan Google AI dalam satu langganan
Lebih banyak ruang untuk perkara yang penting, AI yang membantu anda menyelesaikan lebih banyak tugas dan semuanya berfungsi bersama merentas apl Google yang anda suka.
Lebih banyak yang dapat disimpan merentas apl anda
Lebih banyak ruang untuk semua perkara yang anda suka. Google One memberi anda storan tambahan merentas Google Photos, Drive dan Gmail — supaya foto dan video anda dapat disandarkan, manakala fail dan e-mel anda mendapat ruang yang diperlukan.
Sandaran peranti automatik untuk ketenangan minda
Simpan perkara yang paling penting. Google One menyandarkan foto, video, kenalan anda dan pelbagai lagi secara automatik — supaya jika anda hendak menukar peranti, peranti anda rosak atau hilang, semuanya dapat dipulihkan hanya dengan satu ketikan.
Ruang yang lebih daripada mencukupi untuk dikongsi
Pastikan storan kru anda cukup. Dengan Google One, anda boleh berkongsi storan anda dengan maksimum lima pengguna lain — tanpa kos tambahan. Semua pengguna mendapat ruang mereka sendiri dan kandungan anda kekal peribadi, walaupun anda berkongsi storan.
Dapatkan yang terbaik daripada Google AI|
Direka bentuk untuk membawa idea anda pergi lebih jauh
Lakukan penyelidikan, menulis dan mencipta dengan lebih pantas menggunakan apl Gemini dalam Google AI Pro.
Berfikir lebih jauh, bekerja dengan lebih pantas, mencipta dengan lebih bijak dengan Gemini dalam Google AI Pro
Dapatkan akses diperluas kepada model kami yang paling andal dan ciri premium dalam apl Gemini. Anda juga akan mendapat storan tambahan dan lebih banyak manfaat ahli.
Buat, edit dan perhalusi hasil kerja anda dengan lebih mudah. Gemini dalam Gmail, Docs dan pelbagai lagi membantu anda menulis dengan lebih bijak, mendapatkan jawapan dengan lebih pantas dan melakukan lebih banyak perkara dalam masa yang lebih singkat.
NotebookLM dalam Google AI Pro membawa penyelidikan dikuasakan AI kepada tahap yang seterusnya. Dapatkan 5x lebih banyak buku nota, pertanyaan dan sumber bagi setiap projek serta ciri penyesuaian lanjutan dan kerjasama pasukan. Bina panduan pakar, analisis keterlibatan dengan analitis dan pastikan data anda selamat.
Berfikir lebih jauh, bekerja dengan lebih pantas, mencipta dengan lebih bijak dengan Gemini dalam Google AI Pro
Dapatkan akses diperluas kepada model kami yang paling andal dan ciri premium dalam apl Gemini. Anda juga akan mendapat storan tambahan dan lebih banyak manfaat ahli.
Buat, edit dan perhalusi hasil kerja anda dengan lebih mudah. Gemini dalam Gmail, Docs dan pelbagai lagi membantu anda menulis dengan lebih bijak, mendapatkan jawapan dengan lebih pantas dan melakukan lebih banyak perkara dalam masa yang lebih singkat.
NotebookLM dalam Google AI Pro membawa penyelidikan dikuasakan AI kepada tahap yang seterusnya. Dapatkan 5x lebih banyak buku nota, pertanyaan dan sumber bagi setiap projek serta ciri penyesuaian lanjutan dan kerjasama pasukan. Bina panduan pakar, analisis keterlibatan dengan analitis dan pastikan data anda selamat.
Dapatkan lebih banyak manfaat dengan langganan Google One anda
Google Meet
Tingkatkan panggilan anda dengan ciri video dipertingkat
Hadir pada setiap detik. Dapatkan panggilan yang lebih panjang, pembatalan hingar untuk audio tanpa gangguan dan keupayaan untuk menyimpan serta memainkan semula perbualan kegemaran anda.
Hanya tersedia dengan pelan Premium atau lebih tinggi.4
Google Calendar
Alatan penjadualan lanjutan yang melapangkan masa anda
Kurangkan tekanan daripada penjadualan. Dapatkan ciri lanjutan dalam Google Calendar, seperti pelbagai jenis janji temu dan peringatan automatik, supaya anda sentiasa bersedia untuk setiap rancangan.
Hanya tersedia dengan pelan Premium atau lebih tinggi.4
Google Drive ialah cara mengatur fail anda. Google One ialah langganan yang memberi anda lebih banyak storan merentas Google Drive, Gmail dan Google Photos.
Anda boleh menyandarkan data pada telefon Android atau iOS anda dan membersihkan ruang dalam Google Account anda menggunakan pengurus storan. Jika anda melanggan pelan Google One, anda akan memperoleh ciri tambahan seperti storan awan yang diperluas dan manfaat ahli.
Setiap Google Account disertakan dengan storan 15 GB untuk Google Drive, Gmail dan Google Photos. Apabila anda melanggan Google One, jumlah storan anda meningkat kepada 100 GB atau lebih tinggi bergantung pada pelan yang anda pilih — yang boleh anda kongsi dengan maksimum 5 orang lain.
Google Workspace Individual mengandungi lebih banyak ciri premium untuk membantu pemilik perniagaan individu menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka. Google One ialah pelan langganan pengguna yang memberi anda lebih banyak storan merentas Google Drive, Gmail dan Google Photos, serta manfaat dan ciri Google tambahan. Pelan Google One Premium disertakan dengan bilangan ciri Google Workspace Individual yang terhad, seperti panggilan kumpulan yang lebih lama untuk Google Meet dan penjadualan janji temu yang dipertingkatkan dalam Google Calendar.
Untuk pelan Asas dan yang lebih tinggi, anda boleh berkongsi Google One dengan maksimum 5 orang lain tanpa kos tambahan (maka jumlahnya 6 orang, termasuk anda). Apabila anda membuat kumpulan keluarga baharu, anda boleh menambahkan atau mengalih keluar ahli keluarga yang lain. Sesetengah manfaat hanya tersedia kepada pengurus pelan. Ahli pelan keluarga yang melanggan pelan Google AI Pro boleh menikmati manfaat dan ciri AI tanpa kos tambahan. Ketahui lebih lanjut.
Jika anda sudah pun menjadi ahli kumpulan keluarga pada Google, anda boleh berkongsi pelan Google One anda dengan kumpulan sedia ada anda yang lain.
Ya! Kami sedang berusaha untuk menyediakan manfaat merentas pelbagai produk dan perkhidmatan Google kepada ahli. Nantikan detik itu!
Untuk mendapatkan pemberitahuan tentang manfaat baharu, daftar pada laman web atau akses Tetapan pada laman web atau apl Google One dan kemas kinikan pilihan e-mel anda.
Ikuti perkembangan dengan Google One
Dapatkan kemaskinian dan berita terkini daripada Google One, dihantar kepada peti masuk anda.